Pesantren NII AL Zaytun tempat pengajian 150 pelajar kita disiasat

Juni 20, 2005 at 12:19 am 1 komentar

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=0420&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_04.htm

Oleh:ZULKIFLEE BAKAR dan ROHANA MAN

KUALA LUMPUR 19 April –

Sebuah pondok pengajian agama di Indonesia, Pesantren Al-Zaytun yang terletak di Indramayu, Jawa Barat yang turut menempatkan kira-kira 150 pelajar Malaysia kini sedang disiasat oleh Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu kerana dipercayai terlibat dalam ajaran sesat.

Antara kesesatan yang didakwa dilakukan ialah pimpinan pondok berkenaan menganggap orang lain di luar gerakan mereka adalah kafir, termasuk ayah dan ibu kandung sendiri.

Sementara ayah kandung yang tidak menyertai gerakan itu tidak layak menjadi wali nikah anak mereka.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan di sini dilaporkan sedang mengawasi perkara tersebut sebelum memutuskan tindakan lanjut yang boleh diambil.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Swastanya, Datuk Hassan Hashim mengesahkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu lalu.

Sehubungan itu, kementerian telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat ke sebuah agensi yang bertanggungjawab mengurus kemasukan pelajar Malaysia ke pesantren Al-Zaytun.

“Kita ada menghantar pegawai ke agensi yang terletak di Shah Alam, Selangor itu untuk mendapatkan maklumat semalam,” katanya kepada Utusan ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, laporan itu apabila siap kelak akan diserahkan kepada Musa.

Siasatan ke atas pondok pengajian berkenaan dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas Forum Ulama Umat (FUU) Bandung pada 16 Februari lalu mengeluarkan fatwa rasmi bahawa pondok berkenaan menyebarkan ajaran sesat.

Malah pondok itu juga menurut siasatan yang dijalankan oleh pihak Indonesia menunjukkan terdapat amalan `menebus dosa’ dilakukan di situ.

Amalan tersebut dilakukan oleh ahli-ahli yang bergabung dengan pesantren berkenaan dengan cara membayar wang dengan kadar yang bergantung kepada besar dosa yang dilakukan.

Sementara itu, seorang pendakwah bebas di Malaysia mendakwa antara ajaran sesat yang disebarkan di situ ialah umat Islam yang berada di luar kawasan pesantren Al-Zaytun tidak wajib mendirikan solat.

Berikutan fatwa dan aduan yang dibuat oleh bekas pelajar pondok itu, pihak berkuasa Indonesia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai Majlis Ulama Indonesia (MUI), Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia dan Institut Sains Indonesia bagi menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh pondok pengajian tersebut.

Jawatankuasa itu juga dianggotai pihak polis yang bertanggungjawab menjalankan siasatan daripada segi jenayah.

Menteri Hal Ehwal Agama Said Agil Munawar semalam berkata, kajian sedang dijalankan bagi menentukan sama ada sekolah itu menyebarkan ajaran salah.

Beliau memberi amaran bahawa jika terbukti pondok pengajian itu menjalankan amalan bertentangan dengan Islam, pihaknya tidak akan teragak-agak menutupnya.

`’Kalau memang ada penyimpangan dalam masalah agama, kita akan tutup,” katanya seperti dilaporkan akhbar Republika dalam talian hari ini.

Menurut Said Agil, setakat ini terdapat bukti-bukti menunjukkan berlaku penyelewengan ajaran Islam oleh pondok itu dan semua ini memerlukan penjelasan pimpinan pusat pengajian itu. Ketika ini, kira-kira 6,000 pelajar belajar di situ. Ia memiliki bangunan indah serta moden yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Di pekarangan pondok itu terdapat sebuah hotel kelas sederhana untuk menampung keperluan pelawat dan ibu bapa yang menziarahi para pelajar.

Iklan

Entry filed under: Uncategorized.

Waspada ajaran sesat NII AL Zaytun dari seberang POSPENAS I di NII AL Zaytun

1 Komentar Add your own

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Blog Stats

  • 559,184 hits
Juni 2005
S S R K J S M
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

RSS Umpan yang Tidak Diketahui

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

RSS Umpan yang Tidak Diketahui

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

Flickr Photos


%d blogger menyukai ini: