Kerajaan tidak iktiraf pesantren NII AL Zaytun

Juni 20, 2005 at 12:16 am 1 komentar

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=0427&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_07.htm

Oleh: HELMI MOHD. FOAD

KUALA LUMPUR 26 April –

Kerajaan tidak mengiktiraf mana-mana pesantren atau pusat pengajian pondok di Indonesia termasuk Maahad Al-Zaytun yang kini sedang disiasat kerana dikesan menyebarkan ajaran sesat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir berkata, pelajar-pelajar dari negara ini yang menjalani pengajian Islam di mana-mana pesantren di republik berkenaan perlu menanggung risiko sendiri.

Katanya, penghantaran pelajar pengajian Islam di luar negara adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan ia tidak melibatkan Kementerian Pendidikan.

“Pelajar-pelajar yang menjalani pengajian Islam di sana pergi secara persendirian dan mereka perlu menanggung risiko jika tempat pengajian mereka didapati mempunyai unsur ajaran sesat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak bercadang menghentikan penghantaran pelajar-pelajar dari negara ini untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di Indonesia.

Katanya, setakat ini terdapat beberapa universiti di Indonesia yang mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia.

“Pelajar-pelajar yang dihantar ialah mereka yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dan ijazah mereka diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” ujarnya.

Berkenaan laporan bahawa terdapat gerakan ajaran sesat yang mempunyai kaitan dengan sebuah pesantren di Indonesia, Mahadzir berkata, perkara itu masih dalam siasatan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS).

“Saya sudah dimaklumkan tentang gerakan ajaran sesat tersebut tetapi masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai perkara itu daripada JPS,” ujarnya.

Iklan

Entry filed under: Uncategorized.

Ibu bapa 8 pelajar hentikan pendidikan anak di pesantren NII AL Zaytun Waspada ajaran sesat NII AL Zaytun dari seberang

1 Komentar Add your own

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed

Blog Stats

  • 552,140 hits
Juni 2005
S S R K J S M
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

RSS Umpan yang Tidak Diketahui

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

RSS Umpan yang Tidak Diketahui

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

Flickr Photos

Schools@america Pesantren Al Ghozali Bogor and Pesantren Yasina Bogor

Lebih Banyak Foto

%d blogger menyukai ini: