Hasil siasatan NII Al-Zaytun diumum tidak lama lagi

Juni 20, 2005 at 12:05 am Tinggalkan komentar

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_02.htm

Oleh: ZULKIFLI jalil

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kerajaan akan mengumumkan dalam masa terdekat ini hasil siasatan terhadap Pesantren Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat yang turut menempatkan lebih 100 pelajar Malaysia, yang dikatakan terlibat dalam ajaran sesat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, satu pasukan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dihantar ke Indonesia untuk menyiasat aktiviti pesantren itu 5 Jun lalu, telah kembali ke tanah air kelmarin.

Menurutnya, pasukan yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan Jakim bersama polis dan agensi kerajaan yang lain telah mengemukakan laporan kepada beliau.

“Pasukan itu telah pulang Jumaat lalu berserta maklumat dan bukti mengenai kegiatan pesantren tersebut.

“Bagaimanapun masih terlalu awal untuk saya mengumumkan hasil siasatan sebelum satu mesyuarat diadakan sedikit masa lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Aspek pembelajaran di pesantren Al-Zaytun menimbulkan tanda-tanya khususnya di kalangan keluarga pelajar Malaysia kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan sekumpulan ibu bapa kepada lapan pelajar pesantren tersebut bertindak nekad mengeluarkan anak mereka setelah berasa tertipu dengan janji-janji sekolah agama yang disifatkan terbaik di Asia Tenggara itu.

Kumpulan ibu bapa itu pergi sendiri ke Indramayu untuk menjemput anak masing-masing berikutan pihak sekolah berkenaan enggan melepaskan pelajar dan menyimpan pasport mereka.

Terdapat sebanyak 111 orang pelajar Malaysia belajar di pesantren berkenaan dan kebanyakan mereka dikatakan telah berada di tanah air sempena musim cuti sekolah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Shahir Abdullah berkata, Jakim perlu membuat kajian teliti hasil maklumat yang berjaya dikumpulkan sepanjang siasatan dijalankan ke atas pusat pengajian tersebut.

Semasa bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, analisis terhadap maklumat yang ada juga perlu mengambil kira banyak faktor.

Justeru untuk sementara waktu jelas Mohamad Shahir, adalah perlu ibu bapa mengelakkan dulu daripada menghantar anak mereka ke pesantren yang menimbulkan keraguan itu sehinggalah Jakim membuat keputusan.

Iklan

Entry filed under: Uncategorized.

Perkembangan pesantren NII – Al Zaytun terus dipantau Ibu bapa 8 pelajar hentikan pendidikan anak di pesantren NII AL Zaytun

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Blog Stats

  • 553,629 hits
Juni 2005
S S R K J S M
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

RSS Umpan yang Tidak Diketahui

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

RSS Umpan yang Tidak Diketahui

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

Flickr Photos


%d blogger menyukai ini: